Minggu, 10 Mei 2009

































































































































































Pengenalan Pokok Gaharu





LATAR BELAKANGGaharu adalah pokok dalam family Thymelaeceae. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm. Pokok gaharu di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok. Pokok gaharu amat diminati kerana dapat menghasilkan aroma yang wangi dan menyenangkan apabila dibakar kayunya.Mengikut data yang dikeluarkan pada Persidangan Gaharu Dunia pertama di Vietnam terdapat 16 spesis dari genus Aquilaria yang mempunyai nilai komersil yang tinggi.BERIKUT ADALAH JENIs MENGIKUT RANKING1. AQUILARIA SUBINTEGRA Found at Thailand2. AQUILARIA CRASSNA Found at Thailand, Cambodia, Loas, Vietnam3. AQUILARIA MALACCENSIS Found at Thailand, India, Indonesia4. AQUILARIA APICULATA Found at Philippines5. AQUILARIA BAILLONIL Found at Thailand, Combodia, Loas, Vietnam6. AQUILARIA BANEONSIS Found at Vietnam7. AQUILARIA BECCARIAN Found at Indonesia8. AQUILARIA BRACHYANTHA Found at Malaysia9. AQUILARIA CUMINGIANA Found at Indonesia, Philippines10.AQUILARIA FILARIA Found at Nuegini, China11.AQUILARIA GRANDIFLORA Found at China12.AQUILARIA HILATA Found at Indonesia, Malaysia13.AQUILARIA KHASIANA Found at India14.AQUILARIA MICROCAPA Found at Indonesia, Malaysia15.AQUILARIA ROSTRATA Found at Malaysia16.AQUILARIA SINENSIS
√Pokok gaharu hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750m dari aras laut dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi. Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagamaan dan sebagainya.
Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun. Kebanyakan gaharu dieksport kepada. pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan.
Harganya boleh mencecah sehingga RM14-18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu RM45 ribu/kg (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaian dan bergantung kepada penjual dan pembeli).
Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran.
Buat masa ini, kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat terhad. Tanpa penanaman semula. spesis ini akan terus diancam kepupusan disebabkan aktiviti pengambilan gaharu.
Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.
Keseluruhan pokok gaharu (batang, daun & akar) berguna dan dapat dikomensilkan.
Penanaman pokok gaharu sesuai dijalankan di tanah terbiar, kawasan rezab hutan simpan, kawasan pembalakan yang telah diterokai dan dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintegrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanaman komoditi.
*pihak kami akan memberi service selepas pokok ditanam dan akan membeli balik pokok gaharu yang telah matang.* dengan teknologi terkini pokok gaharu boleh ditebang dalam jangka masa 5-6 tahun , selepas 12 bulan suntikan(inducement) ubat, pokok boleh mula ditebang untuk mendapatkan resinnya

Projek Tanaman Gaharu Di Gua Musang

Ladang gaharu 1,000 ekar di Gua Musang
Salmah Mat Husain Mon May 26, 08 11:21:59 am MYT
KOTA BHARU, 26 Mei (Hrkh) - Kelantan mungkin menjadi negeri pertama di negara ini yang meneroka secara komersial industri gaharu memandangkan ladang seluas 1,000 ekar sudah ditanam dengan pokok tersebut di Gua Musang.
Iklan
Pokok gaharu atau lebih dikenali sebagai depu akan meningkatkan lagi pencapaian Kelantan dalam bidang biotek.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Husam Musa berkata, pokok depu mampu mengeluarkan hasil sehingga mencecah RM2 juta setiap satu ekar dalam tempoh 10 tahun.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Menceburi Industri Gaharu, di sebuah hotel di sini, semalam katanya tanaman pokok depu juga secara tidak langsung dapat mengekalkan alam semulajadi.
Seramai 50 peserta yang terdiri dari golongan profesional dari beberapa negara termasuk Yaman dan Brunei hadir pada seminar berkenaan.
Husam berkata, setiap satu ekar ditanam sebanyak 400 pokok depu.
�Kerajaan negeri juga akan mengeluarkan sijil khusus sebagai hak pemilikan ladang terbabit kepada pengusahanya bagi membolehkan sebahagian tanah tersebut dijual pada harga minimum,� ujarnya.
Berucap sebelum itu beliau memberitahu kerajaan negeri akan memberi penerangan kepada rakyat mengenai potensi pokok tersebut memandangkan pokok depu mempunyai dua kategori iaitu bermutu dan tidak.
�Kita tidak mahu mereka menanam pokok begitu sahaja tanpa mendapat ilmu khusus, nanti apabila sampai tempoh 10 tahun, tiba-tiba pokok itu rupanya tidak bermutu,� katanya.
Beliau juga berkata, penanaman pokok depu perlu dilaku secara komersial dan bukan lagi mengekalkan kaedah tradisional memandangkan permintaannya begitu tinggi. - mj _ -->

Tidak ada komentar:

Sembang Sembang Niaga